Wednesday, February 26, 2014

Coretan harian.....

Assalammualaikum .b.t dan salam sejahtera....
 
Di luar musim masih panas, tiada hujan mahupun mendung...awan terpecah angkara kerakusan tiupan angin. Ya, musim angin bentara. Untuk seminggu ini juga, ramai elajar yang minta untuk ulang ke rumah kerana tidak sihat, demam dan menghidapi sakit yang lain. Jadi, kepada pembaca sekalian, banyakkanlah minum air kosong atau air mineral agar kesihatan tubuh badan daat dikekalkan.

Oleh itu, sama-samalah kita menjaga kesihatan agar hidup kita dapat dimanfaatkan dengan perkara-perkara yang berguna dan kita dapat beristiqamah dalam beribadat kepada Pencipta Rabbul A'lamin. Amin.

Sekian saja coretan untuk hari ini, berjumpa kita pada lembaran yang akan datang.

Salam sayang....


Apabila seseorang itu merasa:

  •               TENANG dalam Kekecewaan
  •               SIHAT dalam Kesakitan
  •              KAYA  dalam Kemiskinan
  •    RAMAI dalam Keseorangan
  •    HARAP dalam Kebuntuan
  •    TABAH dalam dugaan 


......REDHA akan segala ketentuan TUHAN..